Program Hari Air & Alam Sekitar Negeri Kedah 2025

575118231_798212776515526_804603067827700842_n.jpg

KUALA NERANG, 30 Oktober 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah menyertai Program Hari Air & Alam Sekitar Negeri Kedah 2025 yang telah berlangsung di Dewan Istiqlal, Masjid Tengku Sharafuddin, Kuala Nerang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria. Pada program tersebut, SADA yang diwakili oleh Pengurus Kanan Jabatan Pengeluaran, Ts. Mohammad Fadzly bin Jaafar telah diundang sebagai salah seorang panel dalam Forum Agensi Air dan Alam Sekitar.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1G4YwoHFyc/

Selain itu, SADA juga terlibat sebagai salah satu pempamer reruai bersama agensi-agensi lain seperti Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan lain-lain.

SADA merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah atas penganjuran program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memperkukuh kesedaran awam terhadap kepentingan penjagaan sumber air dan pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.