Sesi Libat Urus SADA Bersama PAAB

587948391_816984184638385_5646181838565737673_n.jpg

ALOR SETAR, 22 November 2025 — Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan satu sesi libat urus bersama Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) bertempat di Menara SADA dan LRA Kulim Hi-Tech pada 20 November 2025, Khamis.

Sesi libat urus ini melibatkan perkongsian daripada pihak PAAB merangkumi beberapa topik penting termasuk sistem pengurusan perolehan, teknologi maklumat, serta penambahbaikan pengurusan dokumen teknikal dan operasi.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BjRL3sXrL/

Delegasi PAAB turut dibawa melawat ke Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech. Perbincangan turut menyentuh aspek teknikal berkaitan perancangan projek-projek masa depan yang melibatkan infrastruktur utama seperti loji rawatan, sistem agihan dan sumber air.

SADA merakamkan penghargaan kepada PAAB atas komitmen dan sokongan berterusan melalui sesi libat urus ini. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkukuh bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.