Kunjungan Hormat Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) Ke Penjara Sungai Petani
Sungai Petani, 15 Disember 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Kedah Tengah telah mengadakan kunjung hormat kepada Penjara Sungai Petani.
Dalam sesi pertemuan kali ini, pelbagai perkara telah dibincangkan terutama berkenaan kerjasama strategik antara dua pihak dalam membincangkan serta memberikan khidmat nasihat berhubung cadangan naik taraf sistem bekalan air dalaman di kawasan tersebut.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1HC3X5bhti/
Untuk makluman, Penjara Sungai Petani ketika ini tidak mempunyai tangki simpanan air dan sistem perpaipan dalaman sedia ada telah uzur.
Sehubungan itu, SADA melalui Pengurusan Wilayah Tengah menyatakan kesediaan untuk membantu dengan mengemukakan cadangan naik taraf sistem bekalan air bagi dijadikan sokongan kepada permohonan peruntukan dan bajet.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang hadir, semoga kerjasama strategik serta jalinan hubungan ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.
