Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Kulim Hi-Tech Fasa 5
ALOR SETAR, 11 Januari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Kulim Hi-Tech Fasa 5 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 15, Menara SADA, hari ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, sebagai platform perbincangan dan penyelarasan berkaitan perancangan serta keperluan pembangunan sistem bekalan air bagi menyokong pelaksanaan fasa pembangunan berkenaan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1B5CubjwU8/
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Yang DiPertua Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Puan Sunita Abdul Aziz; Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi; Pengurus Jabatan Perumahan SADA, Ts. Mohd Shukor Shuaib; Pengurus Wilayah Selatan SADA, YM Ts. Tunku Syaiful Reezal Tunku Suleiman; Ketua Penolong Pengarah BPEN, Encik Arif Hani Abd Rahman; Penolong Pengarah BPEN, Encik Mohammad Khairol Akmal Adnan serta wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim, Kulim Hi-Tech Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC) dan PLANMalaysia Kedah.
Melalui sesi ini, SADA komited untuk memastikan aspek perancangan dan penyediaan infrastruktur bekalan air dilaksanakan secara terancang dan mampan, selari dengan keperluan pembangunan industri di Kulim Hi-Tech Park. SADA juga bersedia memainkan peranan proaktif dalam menyokong pertumbuhan sektor perindustrian dan pelaburan berimpak tinggi di negeri Kedah melalui penyediaan perkhidmatan bekalan air yang cekap dan efisien.
