Kunjungan Hormat Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) Ke SADA
ALOR SETAR, 11 Februari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) hari ini bagi membincangkan perkara berkaitan cadangan migrasi meter individu di Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) / kuarters milik MINDEF di Negeri Kedah.
Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman ini menjadi platform perkongsian maklumat dan penjelasan berhubung kerangka perundangan serta tanggungjawab SADA selaku pemegang lesen perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1T5nFVPsoq/
Perbincangan turut menekankan kepentingan pematuhan kepada peruntukan undang-undang serta garis panduan yang berkuat kuasa bagi memastikan setiap pelaksanaan adalah selaras dengan kerangka perlesenan dan operasi semasa.
Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kefahaman bersama serta memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan secara teratur, telus dan mampan.
