Pengaktifan Tangki Imbangan Bukit Jambul Baru Perkukuh Bekalan Air Daerah Pendang

633756594_881298018207001_601978941251504206_n.jpg

PENDANG, 12 Februari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Utara 1 bersama jabatan teknikal berkaitan telah melaksanakan pengaktifan Tangki Imbangan Bukit Jambul Baru di bawah sistem agihan Loji Rawatan Air (LRA) Jenun Baru Fasa 2.

Pengaktifan tangki ini melibatkan agihan bekalan air ke seluruh kawasan Daerah Pendang sebagai langkah penambahbaikan sistem bekalan sedia ada dan penyusunan semula zon agihan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18NCmvbYkJ/

Hasil pelaksanaan tersebut, tekanan air di kawasan agihan Tangki Imbangan Bukit Jambul telah berjaya ditingkatkan. Perkembangan ini dijangka dapat mengurangkan kawasan-kawasan kritikal yang sebelum ini bergantung kepada bantuan alternatif.

Pada masa sama, penyusunan semula agihan ini turut membantu mengurangkan beban kawasan liputan Tangki Imbangan Bukit Perak yang kini menampung agihan yang semakin meningkat.

Hasil pemantauan awal, SADA telah menerima maklum balas positif daripada penduduk kawasan sekitar yang memaklumkan bahawa bekalan air telah diterima sepanjang hari, berbanding sebelum ini.

SADA akan terus melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan kestabilan tekanan dan kelangsungan bekalan di kawasan terlibat.

SADA juga komited untuk terus memperkukuh sistem bekalan air melalui perancangan dan pelaksanaan teknikal yang berterusan demi memastikan pengguna menerima bekalan air yang lebih stabil, konsisten dan mampan.