Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 1/2026

634338005_881469418189861_30814087157242648_n.jpg

KULIM, 12 Februari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 1/2026 sebagai platform penting dalam memperkukuh tadbir urus serta menyelaras perancangan strategik syarikat bagi tahun 2026.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan Osman dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi, Pengurus Besar Teknikal & Operasi, Ts. Hizaruddin Razak, serta ketua-ketua jabatan dan pengurus-pengurus wilayah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1WqTyqZeQp/

Antara fokus utama mesyuarat adalah penilaian prestasi semasa organisasi, pemantauan pelaksanaan inisiatif strategik serta perancangan tindakan susulan bagi memastikan sistem bekalan air di Negeri Kedah terus diperkasa secara mampan dan berkesan.

SADA komited untuk terus memperkukuh tadbir urus korporat serta melaksanakan strategi yang proaktif dan berimpak tinggi demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Kedah.