Majlis Penyampaian Sumbangan & Hamper Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2026

634810946_881882748148528_1807893306201311987_n.jpg

KULIM, 13 Februari 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Tuan Radzuan Osman telah menghadiri dan menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan & Hamper sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2026 yang berlangsung di Hotel Kulim Inn, Kulim, semalam.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Wong Chia Zen, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kulim.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AkR3i3CdX/

Seramai 50 orang penerima daripada golongan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan berbentuk angpow dan hamper sebagai tanda keprihatinan serta ingatan SADA kepada para pengguna berbangsa Cina di Negeri Kedah.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan SADA dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), khususnya dalam membantu komuniti yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

SADA merakamkan sekalung penghargaan kepada YB Wong Chia Zen dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kulim atas jalinan kerjasama dalam penganjuran majlis ini.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat menceriakan sambutan Tahun Baru Cina dan mengeratkan lagi semangat perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat.