Taklimat Khas Oleh SADA Kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
ALOR SETAR, 15 Februari 2026 — Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah mengadakan Taklimat Khas kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bertempat di Dewan Seminar, Menara SADA.
Program yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Zakaria serta barisan Ahli Parlimen dan ADUN dari seluruh negeri.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DxnCXzgdC/
Taklimat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, diikuti ucapan oleh Yang Berhormat Exco Kerajaan Negeri Kedah.
Sesi pembentangan memberi tumpuan kepada status dan perancangan projek pembangunan bekalan air di Negeri Kedah, termasuk pelan kontingensi bagi menghadapi musim kemarau serta persediaan menjelang musim perayaan tahun 2026, yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan bin Mat Radhi.
Melalui taklimat ini, SADA berharap dapat memperkukuh kerjasama strategik bersama wakil rakyat dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat kepada masyarakat, di samping menyelaras usaha menangani isu-isu bekalan air secara lebih berkesan di peringkat negeri dan kawasan.
SADA komited untuk terus meningkatkan keupayaan sistem bekalan air demi memastikan rakyat Kedah menerima bekalan air yang mencukupi, stabil dan mampan.
