Pengoptimuman Sistem Agihan Tangki Imbangan Bukit Mengkuang Perkukuh Bekalan Air Kawasan Kodiang dan Sekitar

636658861_884860434517426_958542914192785424_n.jpg

KUBANG PASU, 11 Februari 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Utara 2 bersama Jabatan Agihan & NRW telah melaksanakan tindakan di tapak pengoptimuman sistem agihan melibatkan Tangki Imbangan Bukit Mengkuang sebagai langkah persediaan menghadapi peningkatan permintaan air sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Awal Ramadan dan musim cuti persekolahan.

Pelaksanaan ini bertujuan memulihkan kawasan hujung agihan termasuk Kodiang, Guar Napai, Padang Sera serta kawasan sekitar yang sebelum ini terdedah kepada isu tekanan air rendah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16yGuAmEBq/

Antara tindakan utama yang dilaksanakan ialah pengurusan tekanan melalui pelarasan tiga (3) injap kawalan tekanan (Pressure Reducing Valve - PRV) utama di Lubuk Kawah, depan Pasaraya Yawata dan Dewan Wawasan yang bermula pada 11 Februari 2026.

Hasil pelaksanaan tersebut, paras Tangki Imbangan Bukit Mengkuang menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sekali gus membantu menstabilkan agihan bekalan air di kawasan terlibat.

SADA kini sedang melaksanakan pemantauan berterusan bagi memastikan sistem agihan kekal stabil dan tangki beroperasi pada tahap optimum bagi menyokong keperluan bekalan air di kawasan sekitar.

SADA komited untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan sistem bekalan air melalui langkah proaktif dan pemantauan rapi, khususnya menjelang musim puncak, demi memastikan pengguna menerima bekalan air yang mencukupi, stabil dan berterusan.