Sesi Dialog Bersama Penduduk Taman Sri Putra

641525968_891821677154635_1923734809283754444_n.jpg

KUALA KEDAH, 24 Februari 2026 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menyertai sesi dialog bersama penduduk Taman Sri Putra yang dianjurkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap ADUN Kubang Rotan, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin, semalam.

Sesi dialog ini diadakan bagi membincangkan isu gangguan bekalan air di kawasan tersebut serta menjadi platform untuk SADA memberikan penerangan berhubung punca gangguan dan langkah-langkah penambahbaikan yang sedang serta akan dilaksanakan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AYNXFdQUP/

Gangguan bekalan air yang berlaku adalah disebabkan kedudukan taman berkenaan yang berada di penghujung sistem agihan, selain peningkatan penggunaan air yang ketara ketika musim cuti sekolah, cuti umum dan musim kemarau.

Dalam sesi tersebut, SADA turut memaklumkan beberapa langkah jangka pendek dan jangka panjang yang dirancang, termasuk penambahbaikan sistem agihan sedia ada serta inisiatif meningkatkan keupayaan pam bagi membantu menstabilkan bekalan air ke kawasan terlibat.

Penduduk yang hadir menyambut baik penerangan serta cadangan penyelesaian yang dikemukakan dan berharap usaha pemulihan bekalan dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

SADA komited untuk terus memantau keadaan bekalan air di kawasan berkenaan serta melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memastikan pengguna menerima bekalan air yang lebih stabil, konsisten dan berterusan.