Program SADAQAH Ramadan 1447H - Wilayah Utara 2

646966697_899645726372230_8208023595058763323_n.jpg

JITRA, 6 Mac 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Utara 2 telah menganjurkan Program SADAQAH Ramadan 1447H yang berlangsung di Masjid Al-Mutaqin, semalam.

Program ini dilaksanakan melalui agihan peruntukan Wakalah Zakat Perniagaan SADA dan disalurkan kepada pihak masjid yang kemudiannya diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan setempat.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1HkcPsG4WE/

Majlis dihadiri oleh Pengurus Wilayah Kedah Utara 2, Ir. Fathi Nadwi bin Mohd Fauzi bersama warga kerja SADA, jawatankuasa masjid serta penduduk setempat.

Selain penyampaian sumbangan kepada pihak masjid, program ini turut diserikan dengan majlis jamuan iftar yang menghimpunkan sebahagian kakitangan SADA, pihak masjid dan komuniti setempat dalam suasana penuh ukhuwah sempena bulan Ramadan yang mulia.

SADA berharap sumbangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara SADA dan masyarakat setempat.