Program SADAQAH Ramadan 1447H - Wilayah Langkawi

652305630_906914862311983_3756675789151901601_n.jpg

LANGKAWI, 15 Mac 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Langkawi telah melaksanakan Program SADAQAH Ramadan 1447H yang berlangsung di Masjid Al-Huda Padang Mat Sirat.

Program ini melibatkan agihan peruntukan Wakalah Zakat Perniagaan SADA yang disampaikan kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kawasan setempat.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18MYEZYBCE/

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Langkawi, Ts. Mohd Affandi Mohd Noor bersama warga kerja SADA Wilayah Langkawi.

Selain penyampaian sumbangan, program ini turut diakhiri dengan jamuan iftar yang menghimpunkan warga SADA dan komuniti setempat dalam suasana penuh kemesraan sempena bulan Ramadan.

SADA berharap inisiatif seumpama ini dapat memperkukuh hubungan antara syarikat dan masyarakat setempat di samping menyemai nilai keprihatinan dalam membantu golongan yang memerlukan.