14,500 Ekor Ayam Segar Bantu Persiapan Aidilfitri Asnaf Kedah
ALOR SETAR, 16 Mac 2026 – Sempena bulan Ramadan dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta Ayam Bismi Sdn. Bhd. telah melaksanakan Program SADAQAH Ayam Segar Kepada Asnaf sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan di seluruh Negeri Kedah.
Melalui inisiatif ini, sebanyak 14,500 ekor ayam segar telah diagihkan kepada golongan asnaf dalam kategori fakir dan miskin melibatkan 4,833 keluarga dari 10 daerah di Negeri Kedah. Setiap keluarga menerima tiga ekor ayam sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18JT2rqq5i/
Agihan sumbangan ini telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 9 Mac 2026 dengan kerjasama pelbagai pihak di peringkat daerah bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lancar dan teratur kepada penerima yang layak.
SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada LZNK dan Ayam Bismi Sdn. Bhd. atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini.
Diharapkan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban golongan asnaf, di samping memberi keceriaan kepada mereka dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
