Pusat Khidmat Setempat (PKS) SADA Perkukuh Kesiapsiagaan Aidilfitri 2026
ALOR SETAR – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) selama tiga (3) hari iaitu dari 20 hingga 22 Mac 2026 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai sebahagian daripada Pelan Kontingensi Aidilfitri 2026.
Bagi tahun ini, PKS telah diwujudkan di tiga (3) lokasi iaitu di Masjid Alor Ibus, Masjid Muhammadi Pulau Tengah serta Rumah Pam Ayer Hitam.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CShwRZ7y2/
Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan Osman serta barisan pengurusan SADA turut turun padang bagi meninjau operasi serta memastikan setiap PKS berfungsi dengan baik sepanjang tempoh berkenaan.
Melalui inisiatif ini, sebuah lori tangki dan tangki statik ditempatkan di setiap lokasi PKS bagi membolehkan sebarang aduan berkaitan bekalan air dapat ditangani dengan segera, khususnya ketika peningkatan permintaan sepanjang musim perayaan.
Langkah ini dilaksanakan bagi membantu memastikan pengurusan bekalan air di kawasan terlibat dapat ditangani dengan lebih tersusun sepanjang tempoh perayaan.
