Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif SADA
SIK, 25 Mac 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Tuan Radzuan Osman hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti operasi SADA di daerah Sik dan Kuala Muda bagi meninjau operasi bekalan air sepanjang tempoh sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Lawatan tersebut melibatkan kunjungan ke Bilik Gerakan SADA Sik serta Loji Rawatan Air Batu 5 sebelum diteruskan ke Bilik Gerakan SADA Wilayah Kedah Tengah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/14Xs1NvwiQw/
Lawatan ini turut disertai Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radi serta barisan pengurusan SADA.
Dalam masa yang sama, lawatan ini juga memberi fokus kepada pemantauan operasi susulan keadaan cuaca panas dan kering yang sedang melanda beberapa kawasan di Kedah ketika ini.
SADA terus memantau paras sumber air mentah serta operasi loji rawatan air bagi memastikan bekalan air kepada pengguna kekal stabil sepanjang tempoh permintaan yang meningkat.
Melalui lawatan ini juga, pihak pengurusan turut meneliti keperluan penambahbaikan serta langkah-langkah mitigasi yang boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pengguna terus terjamin.
