Sesi Dialog SADA Bersama Penduduk Taman Lembah Bujang Fasa 4

662875156_920179174318885_6166480581240572205_n.jpg

SUNGAI PETANI, 31 Mac 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan sesi dialog bersama penduduk di Taman Lembah Bujang Fasa 4 bagi membincangkan isu berkaitan bekalan air di kawasan tersebut pada 29 Mac 2026 yang lalu.

Sesi dialog ini telah dihadiri oleh Pengurus Wilayah Tengah SADA, Encik Mohd Ashraf Mohd Shariff bersama pegawai-pegawai terlibat.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18PM8GpwED/

Dalam sesi tersebut, SADA telah memberikan penerangan berhubung punca gangguan bekalan air yang dialami penduduk, termasuk faktor peningkatan penggunaan air serta keadaan semasa yang dipengaruhi cuaca panas dan kering.

SADA turut membentangkan langkah-langkah jangka pendek, sederhana dan panjang yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menambah baik sistem bekalan air serta menstabilkan tekanan di kawasan terlibat.

Sesi dialog ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk menyuarakan aduan serta mendapatkan penjelasan secara terus daripada pihak SADA.

Penduduk yang hadir menyambut baik penerangan yang diberikan dan berharap penambahbaikan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

SADA akan terus memantau keadaan bekalan air di kawasan ini serta mengambil tindakan sewajarnya dari semasa ke semasa.