Kunjungan Hormat Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) Lantikan Baharu ke SADA
ALOR SETAR, 12 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS) lantikan baharu dalam satu sesi yang berlangsung di Menara SADA, hari ini.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman yang juga merupakan Presiden Persatuan Pegawai Tadbir Negeri Kedah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18QteqTXNZ/
Dalam sesi berkenaan, para pegawai telah didedahkan dengan perkongsian berkaitan industri perkhidmatan bekalan air terawat, termasuk cabaran operasi serta peranan SADA dalam memastikan kelangsungan bekalan air kepada rakyat Negeri Kedah.
Beliau turut berkongsi pandangan serta nasihat kepada pegawai-pegawai muda sebagai panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dalam perkhidmatan awam.
Program diteruskan dengan lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang bagi memberi pendedahan secara langsung mengenai proses rawatan air, pemantauan kualiti serta operasi loji.
Lawatan ini diharap dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada para pegawai mengenai aspek teknikal serta kepentingan pengurusan sumber air dalam menyokong pembangunan negeri.
