Kunjungan Hormat Melaka Water Institute Ke SADA
ALOR SETAR, 22 April 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada Melaka Water Institute Sdn. Bhd. (MWI) dalam satu sesi yang berlangsung di Menara SADA.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengurus Kanan Jabatan Korporat SADA, Puan Siti Syuhairah Sobri bersama wakil daripada kedua-dua organisasi.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1G1uzprjgd/
Kunjungan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan serta meneroka potensi kerjasama antara SADA dan MWI, khususnya dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan bagi meningkatkan tahap kompetensi serta profesionalisme kakitangan.
Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.
