Lawatan Kerja SADA Ke AIMST University
SUNGAI PETANI, 11 Mei 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Kedah Tengah telah melakukan lawatan kerja ke AIMST University bagi meninjau dan menilai sistem bekalan air di dalam kawasan universiti secara menyeluruh.
Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar berkaitan operasi, agihan serta pengurusan bekalan air di universiti berkenaan di samping mengenal pasti sebarang isu atau ruang penambahbaikan yang boleh dipertingkatkan dari aspek teknikal dan kecekapan sistem.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18jttDaxW4/
Pada masa yang sama, pihak SADA turut mengambil peluang untuk menawarkan khidmat nasihat teknikal serta berkongsi pandangan profesional berkaitan pengurusan sistem bekalan air, penyelenggaraan infrastruktur, kawalan tekanan air dan langkah-langkah penambahbaikan yang bersesuaian demi memastikan bekalan air yang lebih efisien, stabil dan berterusan kepada pihak universiti.
Lawatan ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan serta pengurusan utiliti air secara lebih mampan dan berkesan.
