Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif SADA Ke LRA Lubuk Buntar Lama

710687824_973406605662808_3185660292283632930_n.jpg

BANDAR BAHARU, 3 Jun 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Tuan Radzuan Osman telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar Lama semalam bagi meninjau pengoperasian loji tersebut yang telah siap dinaik taraf baru-baru ini.

Projek yang telah siap sepenuhnya ini telah meningkatkan kapasiti pengeluaran loji kepada 59 juta liter sehari (MLD), sekali gus memperkukuhkan keupayaan sistem bekalan air bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat. Pelaksanaan projek ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 12,000 akaun pengguna di seluruh daerah Bandar Baharu serta sebahagian kawasan di daerah Kulim.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DMF5RNnV1/

Pelaksanaan projek ini turut memberi impak besar kepada pengguna di kawasan hujung sistem agihan seperti Relau, Kampung Ara Condong, Kampung Sungai Kechil Hilir, Kampung 300 Kaki, Kampung Kilang Batu, Kampung Ulu, Kampung Paya Semambu, Kampung Tengah, Kampung Padang, Pekan Serdang serta beberapa kawasan sekitar yang sebelum ini sering berdepan isu tekanan air rendah dan gangguan bekalan, khususnya ketika waktu puncak dan musim perayaan.

SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak perunding, kontraktor serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek menaik taraf LRA Lubuk Buntar Lama.

Kerjasama dan komitmen yang diberikan telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan projek ini demi manfaat kepada pengguna serta menyokong pembangunan dan kesejahteraan negeri Kedah secara berterusan.