Taklimat Khas Sempena Program Pra-Sidang Parlimen
ALOR SETAR, 4 Jun 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah menghadiri sesi pembentangan khas sempena Program Pra-Sidang Parlimen yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah.
Sesi ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato' Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18xqhzXRJg/
Delegasi SADA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, bersama Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi serta barisan pengurusan syarikat.
Sesi taklimat ini memberi tumpuan kepada pembentangan serta perkongsian berkaitan isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan air terawat di Negeri Kedah, termasuk aspek operasi, permintaan semasa serta faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan bekalan air di negeri ini.
Selain itu, sesi berkenaan turut membincangkan hala tuju pembangunan sektor air terawat Negeri Kedah ke arah pengukuhan sistem bekalan air yang lebih mampan dan efisien bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan.
Sesi ini juga menjadi platform penting dalam memperkukuhkan penyelarasan strategik serta kerjasama antara agensi dan wakil-wakil rakyat setempat.
SADA merakamkan penghargaan atas peluang penyertaan dalam sesi taklimat ini dan akan terus komited menyokong usaha penambahbaikan serta pembangunan sektor bekalan air di Negeri Kedah.
