Gangguan Bekalan Air Akibat Vandalisme Di Rumah Pam Darulaman Perdana

715279434_975424418794360_254902923190520639_n.jpg

ALOR SETAR, 05 Jun 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) memaklumkan bahawa telah berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan berikutan kecurian kabel di Rumah Pam Darulaman Perdana akibat perbuatan vandalisme.

Kejadian tersebut melibatkan kehilangan komponen penting sistem mekanikal dan elektrikal yang menyebabkan operasi rumah pam terjejas serta mengganggu agihan bekalan air kepada pengguna.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BLkTxmHKg/

Antara kawasan terlibat termasuk Darulaman Perdana dan kawasan sekitar yang melibatkan anggaran 1,200 akaun pengguna.

SADA sedang mengambil tindakan segera dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan bagi memulihkan semula sistem pengepaman dengan kadar segera.

SADA memandang serius insiden vandalisme ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan operasi, malah memberi kesan langsung kepada pengguna.

Orang ramai diseru agar melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.