Operasi Penguatkuasaan SADA Bersama SPAN - Sambungan Bekalan Air Secara Terus Tanpa Meter Melibatkan Isu Permohonan Bekalan Baru

726358163_986919817644820_7934399247601266538_n.jpg

18 Jun 2026 - Satu operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan SADA dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pelanggan (Bekalann Baru)bersama Seksyen Penguatkuasaan ,Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Utara bagi mengesan dan membanteras aktiviti penyambungan bekalan air tanpa meter yang melibatkan isu permohonan bekalan baru di beberapa premis sekitar daerah Sik.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati beberapa premis disyaki membuat sambungan bekalan air secara terus tanpa meter daripada paip utama tanpa melalui meter yang sah yang secara awalnya dikesan atas akaun-akaun di bawah permohonan bekalan baru.Tindakan tersebut merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang melarang mana-mana pihak selain pemegang lesen daripada membuat sambungan ke sesalur utama awam atau paip air perkhidmatan dan boleh dikenakan denda tidak mlebihi RM1juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Jp5mW81fQ/

Isu ini juga melibatkan isu permohonan bekalan baru dibawah Kaedah 71(1): Keperluan Pemasangan Meter setiap premis yang menerima bekalan air daripada pemegang lesen pengagihan air hendaklah dibekalkan dengan air melalui suatu meter.

Sehubungan itu, notis peringatan telah dikeluarkan kepada premis-premis yang terlibat mengikut peruntukan Akta 655 serta Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air dan Pemasangan Paip) 2014 dan serta- merta mengarahkan pemilik atau penghuni premis mengambil tindakan pembetulan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pihak SADA dan SPAN memandang serius sebarang aktiviti penyambungan bekalan air secara tidak sah kerana ia boleh menjejaskan integriti sistem bekalan air, mengakibatkan kehilangan hasil serta memberi kesan kepada peningkatan kadar Non Revenue Water (NRW) syarikat. Operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan berkaitan industri perkhidmatan air dipatuhi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyambungan bekalan air secara menyalahi undang-undang disaran menyalurkan maklumat kepada pihak SADA atau SPAN untuk tindakan lanjut.