Sesi Libat Urus Sada Bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam
JITRA, 24 Jun 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Pengurusan Wilayah Kedah Utara 2 telah menerima kunjungan hormat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Yang Berhormat Tuan Azhar Ibrahim bersama delegasi Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam.
Sesi libat urus tersebut telah dipengerusikan oleh Pengurus Wilayah Kedah Utara 2, Ir. Fathi Nadwi Mohd Fauzi dan menjadi platform bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan bekalan air di kawasan DUN Ayer Hitam.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Enkj9Kkha/
Selain bertukar pandangan berhubung isu-isu semasa, pertemuan ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi cadangan serta memperkukuh kerjasama dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air kepada pengguna.
SADA amat menghargai komitmen serta kerjasama yang ditunjukkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam dan berharap hubungan baik yang terjalin dapat terus diperkukuh demi manfaat masyarakat setempat.
