Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bil. 2/2026

729558336_993487950321340_3996085755904589459_n.jpg

KUALA LUMPUR, 26 Jun 2026 – Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA bilangan kedua bagi tahun 2026, semalam.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato’ Haji Fauzi bin Mustaffa; Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan; YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Shukri bin Abdull; Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Tuan Zafir Anuar bin Ghazali serta Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Ir. Saiful Azlan bin Mat Radhi.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1GJ8U76aba/

SADA merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah SADA yang baharu.

Mesyuarat kali ini membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pengurusan dan operasi syarikat, termasuk perkembangan semasa projek-projek bekalan air, prestasi kewangan serta inisiatif penambahbaikan yang sedang dan akan dilaksanakan.

Selain itu, Ahli Lembaga Pengarah turut meneliti beberapa cadangan serta hala tuju strategik dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, meningkatkan kecekapan operasi dan memastikan agenda pembangunan sektor bekalan air di Negeri Kedah terus dilaksanakan secara mampan.

ADA merakamkan penghargaan kepada seluruh Ahli Lembaga Pengarah atas pandangan, komitmen dan sokongan yang diberikan sepanjang mesyuarat. Diharapkan segala keputusan yang dipersetujui dapat diterjemahkan melalui pelaksanaan yang berkesan demi memperkukuh sistem bekalan air sedia ada serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengguna di seluruh Negeri Kedah.