Kecurian Kabel Jejaskan Operasi Loji Rawatan Air Padang Sanai

731935056_996012060068929_3770130696446117896_n.jpg

PADANG SANAI, 29 Jun 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mengesan satu kejadian kecurian kabel di kawasan muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Padang Sanai yang telah menjejaskan operasi pengambilan air mentah di loji berkenaan.

Hasil pemeriksaan di lokasi mendapati kabel yang menyambungkan sistem pam air mentah telah dipotong serta dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/197EApQbfj/

Kejadian ini menyebabkan operasi pam air mentah terhenti sekali gus menjejaskan bekalan air kepada kira-kira 16,000 akaun pengguna termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM). Laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

SADA memandang serius kejadian vandalisme dan kecurian terhadap aset bekalan air kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian kepada syarikat, malah memberi kesan secara langsung kepada ribuan pengguna yang bergantung kepada bekalan air setiap hari.

SADA menyeru orang ramai agar bersama-sama melindungi aset awam dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar fasiliti bekalan air. Kerjasama semua amat penting bagi memastikan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat tidak terjejas.