Pengoperasian LRA Padang Sanai Kembali Pulih
PADANG SANAI, 30 Jun 2026 – Susulan insiden kecurian kabel di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Padang Sanai semalam, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) berjaya memulihkan sepenuhnya operasi sistem tersebut apabila kerja-kerja pembaikan selesai dilaksanakan kira-kira jam 3.00 pagi tadi.
Sepanjang tempoh gangguan, pasukan teknikal SADA telah bertungkus-lumus melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bagi memastikan sistem dapat kembali beroperasi seperti biasa dalam kadar segera.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/14iNZEcPdL3/
Para pengguna yang terkesan akan mula menerima bekalan air secara berperingkat. Walau bagaimanapun, tempoh pemulihan mungkin berbeza bergantung kepada jarak premis pengguna daripada loji serta tekanan air di kawasan masing-masing.
SADA merakamkan penghargaan kepada semua pengguna yang terlibat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan. Pada masa yang sama, orang ramai sekali lagi diseru agar bersama-sama melindungi aset bekalan air dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan di sekitar fasiliti bekalan air.
