Kunjungan Hormat Tenaga Nasional Berhad Kedah Ke SADA

738396182_1003347519335383_9010842325747162174_n.jpg

ALOR SETAR, 7 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu sesi yang berlangsung di Menara SADA.

Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato' Radzuan Osman bersama wakil daripada kedua-dua agensi.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1KjP2e9F42/

Kunjungan ini menjadi platform untuk TNB dalam memperkenalkan struktur organisasi TNB kepada pihak SADA selain bertukar pandangan serta sebagai medium dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan.

Diharapkan pertemuan ini dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang memberi manfaat baik dari segi perniagaan dan operasi kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang.