Sekalung Tahniah
Seluruh Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan serta warga kerja Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif SADA atas penganugerahan Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K), yang membawa gelaran Dato’ sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Ke-84.
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, komitmen dan kepimpinan beliau sepanjang perkhidmatan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah serta dalam menerajui SADA.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1JqtfWsw6m/
Sepanjang kerjaya, beliau telah menggalas pelbagai amanah dan tanggungjawab dalam sektor awam sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SADA pada tanggal 15 Mac 2022.
Berbekalkan pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan pengurusan, beliau terus memacu SADA ke arah penyampaian perkhidmatan bekalan air yang lebih cekap, mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.
Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti, memperkukuh kecemerlangan organisasi serta membawa SADA ke tahap yang lebih tinggi.
Sekalung tahniah daripada seluruh warga kerja SADA.
