SADA Terima Pengiktirafan Rakan Strategik Akademi Dalam Industri (ADI) 2026

741215823_1004165522586916_685544485099890220_n.jpg

KUALA LUMPUR, 8 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima Sijil Rakan Strategik Akademi Dalam Industri (ADI) 2026 sempena Persidangan Kebangsaan Akademi Dalam Industri 2026 yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di Hotel Meliá Kuala Lumpur, semalam.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB Tuan Sim Tze Tzin.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/19CiZer8ZR/

Pengiktirafan tersebut telah diterima oleh Pengurus Jabatan Pembangunan Modal Insan & ISO SADA, Puan Nurizyan Samsudin, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Dato’ Radzuan Osman.

Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan SADA dalam memperkukuh pembangunan modal insan melalui pelaksanaan program latihan dan pembangunan kompetensi yang selaras dengan keperluan industri semasa.

Sebagai rakan strategik ADI, SADA sentiasa menyokong usaha melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi tuntutan industri yang semakin mencabar.

SADA percaya bahawa pembangunan modal insan merupakan antara elemen penting dalam memastikan kecemerlangan organisasi dapat dikekalkan, sekali gus menyokong usaha syarikat untuk terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat Negeri Kedah.

SADA merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Akademi Dalam Industri (ADI) atas pengiktirafan yang diberikan serta berharap kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuh pada masa akan datang.