Naik Taraf LRA Bukit Kemboja Perkukuh Bekalan Air di Langkawi

741705229_1004894139180721_8312960172896660405_n.jpg

LANGKAWI, 9 Julai 2026 – Projek naik taraf sistem rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Kemboja yang telah siap dilaksanakan pada Mac lalu kini memberi manfaat kepada kira-kira 3,400 akaun pengguna di sekitar Langkawi.

Pelaksanaan projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) untuk meningkatkan kecekapan sistem bekalan air serta memastikan pengguna menerima bekalan yang lebih stabil dan berterusan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1duH2bnXQ8/

Melalui projek ini, kapasiti pengeluaran loji telah berjaya ditingkatkan sebanyak 2 juta liter sehari sekali gus memperkukuh keupayaan sistem bekalan air bagi memenuhi keperluan pengguna di kawasan terlibat.

Antara kawasan yang menerima manfaat daripada projek ini termasuk Pantai Chenang, Kampung Bohor Tempoyak, Kampung Kedawang, Kampung Kuala Temoyong, Kampung Gelam, Kampung Tanjung Mali serta beberapa kawasan sekitar.

Peningkatan kapasiti ini dijangka dapat mengurangkan risiko henti tugas loji ketika kerja-kerja pencucian tangki mendapan dilaksanakan selain membantu menampung pertumbuhan permintaan bekalan air di kawasan tumpuan penduduk dan pelancongan.

SADA akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan infrastruktur bekalan air dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti dapat dinikmati oleh pengguna di seluruh Negeri Kedah.