Sesi Libat Urus SADA Bersama LZNK
ALOR SETAR, 9 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan sesi libat urus bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf di Negeri Kedah.
Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Pengurus Kanan Jabatan Korporat SADA, Puan Siti Syuhairah Sobri dan turut dihadiri oleh Ketua Divisyen Pengurusan Agihan LZNK, Encik Jamaly Juwardy Jaafar, Ketua Divisyen Pendidikan LZNK, Encik Mohd Shazril Hanis Salmi serta para pegawai daripada kedua-dua agensi.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DLfc6NzFK/
Dalam sesi berkenaan, pihak LZNK telah membentangkan beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan termasuk Program Foodbank serta skim bantuan pendidikan kepada siswa yang layak.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi antara SADA dan LZNK dalam melaksanakan program-program berimpak tinggi yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf serta komuniti yang memerlukan.
Diharapkan sesi libat urus ini dapat membuka ruang kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif kebajikan dan pembangunan masyarakat yang memberi manfaat berterusan kepada rakyat Negeri Kedah pada masa hadapan.
