SADA Sertai Program Run & Rescue 2026
ALOR SETAR, 11 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menyertai Program Run & Rescue 2026 anjuran Hospital Sultanah Bahiyah yang berlangsung hari ini dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Turut berangkat mencemar duli, Tuanku Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tuanku Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CKAW2X5oC/
Dalam program berkenaan, SADA telah menyertai reruai pameran bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai peranan syarikat dalam pengurusan bekalan air terawat di Negeri Kedah.
Pameran SADA pada kali ini memberi tumpuan kepada proses ujian kualiti air yang merupakan antara prosedur penting dalam memastikan bekalan air terawat yang disalurkan kepada pengguna sentiasa mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan demonstrasi ujian kualiti air yang dikendalikan oleh kakitangan SADA sebagai usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai proses pemantauan kualiti air yang dilaksanakan secara berterusan.
SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Hospital Sultanah Bahiyah selaku penganjur atas jemputan serta penganjuran program yang berjaya menghimpunkan pelbagai agensi dalam mendekati masyarakat melalui aktiviti yang bermanfaat.
