Lawatan Kerja Ketua Pegawai Eksekutif SADA Ke Tapak Projek Naik Taraf LRA Jeniang Baru

745595532_1009204025416399_7666982117706093038_n.jpg

SIK, 14 Julai 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), YBhg. Dato' Radzuan Osman telah mengadakan lawatan kerja ke tapak Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Jeniang Baru bagi meninjau perkembangan semasa pelaksanaan projek tersebut.

Lawatan tersebut turut disertai oleh wakil daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebagai agensi pelaksana, perunding, kontraktor serta barisan pengurusan SADA.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18Tzvw2Yv2/

Projek Naik Taraf LRA Jeniang Baru merupakan antara projek strategik yang penting dalam usaha memperkukuh sistem bekalan air Negeri Kedah, khususnya bagi memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan di Daerah Sik, Baling dan kawasan Gurun.

Apabila siap pada tahun 2027, projek ini dijangka menambah kapasiti bekalan air sebanyak 35 juta liter sehari, sekali gus bakal memberi manfaat kepada kira-kira 21,000 akaun pengguna kategori Domestik dan Bukan Domestik.

Selain meningkatkan kapasiti pengeluaran air, projek ini turut menyumbang kepada pertambahan rizab margin bekalan air Negeri Kedah di samping memastikan sistem bekalan air negeri kekal mampan serta mampu memenuhi peningkatan permintaan pada masa hadapan.

Melalui pelaksanaan projek ini, beberapa kawasan sekitar Gurun yang sebelum ini sering berdepan gangguan bekalan air ketika musim kemarau dijangka akan menikmati bekalan air yang lebih stabil dan konsisten.

SADA merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah atas sokongan berterusan dalam usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur bekalan air di negeri ini, serta kepada pihak KKDW, kontraktor, perunding dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Diharapkan projek ini dapat disiapkan mengikut perancangan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat Negeri Kedah.