Pembentangan Rekabentuk Terperinci Projek Pembinaan LRA Sungai Karangan Fasa 1

747422628_1009905282012940_7916339188998740849_n.jpg

ALOR SETAR, 15 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan sesi Pembentangan Rekabentuk Terperinci (Detailed Engineering Design Report - DEDR) bagi Projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Karangan Fasa 1 yang berlangsung di Menara SADA, semalam.

Sesi tersebut telah diketuai oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ts. Hizaruddin Razak dan turut melibatkan penyertaan jabatan-jabatan teknikal SADA bersama pihak perunding projek.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/14n8UbosfyD/

Pembentangan ini diadakan bagi meneliti cadangan rekabentuk terperinci projek serta mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pihak berkaitan bagi memastikan setiap aspek perancangan memenuhi keperluan operasi, spesifikasi teknikal dan standard yang ditetapkan.

Projek LRA Sungai Karangan Fasa 1 berkapasiti 150 MLD merupakan antara projek strategik yang dirancang bagi memperkukuh sistem bekalan air di Negeri Kedah, khususnya untuk memenuhi keperluan semasa dan pertumbuhan masa hadapan di daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Diharapkan sesi pembentangan ini dapat membantu memperkemaskan perancangan projek sebelum pelaksanaannya, sekali gus menyokong usaha berterusan dalam memperkukuh infrastruktur bekalan air demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.