OSH Week SADA 2026
ALOR SETAR, 16 Julai 2026 – Program Occupational Safety and Health (OSH) Week SADA Tahun 2026 melabuhkan tirainya hari ini selepas berlangsung selama empat hari dengan pelbagai pengisian yang memberi fokus kepada aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan warga kerja.
Sepanjang OSH Week 2026, pelbagai program telah diadakan termasuk ceramah kesedaran ergonomik di tempat kerja, latihan kesedaran bunyi bising dan pendengaran, latihan pertolongan cemas, CPR dan AED serta ceramah berkaitan perlindungan keselamatan sosial.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BkA7pb2Th/
Hari terakhir program turut dimeriahkan dengan penganjuran Kuiz Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pemeriksaan kesihatan percuma, serta pelbagai aktiviti interaktif yang mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja SADA.
Penganjuran OSH Week 2026 merupakan antara inisiatif SADA dalam memperkukuh budaya kerja yang selamat dan sihat melalui perkongsian ilmu, latihan praktikal serta peningkatan kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
SADA merakamkan penghargaan kepada semua penceramah, agensi dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan usaha sebegini dapat terus memupuk amalan kerja yang selamat serta meningkatkan kesedaran warga kerja SADA terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
