Bengkel Penjimatan Kos & Hasil Baharu 2026

750566648_1014885114848290_277084161584408625_n.jpg

ALOR SETAR, 21 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Bengkel Penjimatan Kos & Hasil Baharu 2026 yang berlangsung di Dewan Menara SADA, semalam sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan kewangan serta meningkatkan kecekapan operasi syarikat.

Bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penjimatan Kos (JKPK), Ts. Hizaruddin Razak dan disertai oleh barisan pengurusan serta pegawai-pegawai daripada pelbagai jabatan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/193cuStxzL/

Inisiatif penjimatan kos dan penerokaan hasil baharu ini mula dilaksanakan sejak tahun 2023 dan telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan menerusi pelbagai cadangan serta pelaksanaan inisiatif yang memberi impak positif kepada organisasi.

Penganjuran bengkel ini dilihat semakin penting dalam menghadapi cabaran semasa termasuk peningkatan kos operasi akibat inflasi, kenaikan harga bahan api, peningkatan kos tenaga elektrik, bahan kimia dan penyelenggaraan, di samping keperluan untuk meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti.

Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti peluang penjimatan kos serta meneroka sumber hasil baharu yang berpotensi bagi memperkukuh kedudukan kewangan syarikat.

Diharapkan idea-idea baharu yang tercetus melalui bengkel ini dapat dilaksanakan dengan lancar sekali gus menyokong usaha berterusan SADA dalam memastikan kecekapan operasi syarikat terus berada pada tahap tertinggi.