SADA Learning Fest 2026
ALOR SETAR, 22 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dengan kerjasama HRD Corp telah menganjurkan SADA Learning Fest 2026 sempena National Training Week (NTW) 2026 yang berlangsung di Dewan Menara SADA hari ini.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Teknikal & Operasi SADA, Ts. Hizaruddin Razak dan disertai oleh barisan pengurusan, tetamu jemputan serta warga kerja SADA sendiri.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1YddEuPYTZ/
NTW merupakan program tahunan anjuran HRD Corp yang dilaksanakan di seluruh negara bagi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta meningkatkan akses kepada latihan dan pembangunan kompetensi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh agensi dan organisasi jemputan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Tyra Yusoff Color & Image Consultation.
Selain itu, beberapa reruai pameran turut dibuka melibatkan HRD Corp, AKPK, LPPKN, Tyra Yusoff Color & Image Consultation, Kedah Medical Centre (KMC) dan Mukamen Health Beauty bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai perkhidmatan serta inisiatif yang ditawarkan.
Penganjuran program ini merupakan antara usaha SADA dalam menggalakkan budaya pembelajaran berterusan serta memperkukuh pembangunan modal insan bagi melahirkan warga kerja yang lebih berpengetahuan, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
SADA merakamkan penghargaan kepada HRD Corp serta semua agensi dan organisasi yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang sekali gus memberi manfaat kepada seluruh warga kerja SADA.
