Kerja-Kerja Penyelenggaraan LRA Sungai Ular
KULIM, 27 Julai 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini telah melaksanakan beberapa kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Ular yang melibatkan sistem pengepaman, pemasangan peralatan teknikal baharu, naik taraf sistem elektrik serta penyambungan sistem solar.
Justeru, henti tugas sementara operasi loji terpaksa dilakukan dan ianya mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan sekitar Kulim termasuk Taman Cendana, Taman Selasih, Taman Kemuning, Taman Sri Petaling, Pekan Kulim dan kawasan sekitarnya.
Akses berita oenuh di https://www.facebook.com/share/p/1BWfbasBcM/
Kerja-kerja yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan SADA dalam memastikan aset dan infrastruktur bekalan air sentiasa berada dalam keadaan baik serta berfungsi secara optimum.
Gambar menunjukkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan yang dilaksanakan di LRA Sungai Ular sepanjang tempoh henti tugas operasi hari ini.
SADA menghargai kesabaran dan kerjasama para pengguna yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja ini. Usaha penambahbaikan yang dilaksanakan adalah penting bagi memastikan sistem bekalan air terus beroperasi dengan lebih cekap dan mampan demi manfaat pengguna pada masa hadapan.
