Mesyuarat Pengurusan SADA Bil.03/2026

763239715_1027840080219460_8470900497474119800_n.jpg

ALOR SETAR, 05 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan SADA bilangan ketiga bagi tahun 2026 yang telah berlangsung di Menara SADA.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato' Radzuan Bin Osman dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi, barisan ketua-ketua jabatan serta pengurus-pengurus wilayah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1TyLwiyESn/

Sesi mesyuarat ini memberi tumpuan kepada semakan prestasi semasa organisasi, perkembangan pelaksanaan inisiatif utama serta penyelarasan tindakan bagi memastikan operasi dan penyampaian perkhidmatan terus berada pada tahap yang optimum.

Melalui mesyuarat ini, SADA terus komited dalam memperkukuh pengurusan organisasi serta memastikan perancangan yang dilaksanakan dapat memberi impak positif kepada sistem bekalan air di Negeri Kedah.