Taklimat Pembangunan Projek Bekalan Air dan Penyerahan Hakmilik Pajakan Tanah PAAB kepada SADA

779261999_1038460849157383_7289860736984509477_n.jpg

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini menghadiri Taklimat Pembangunan Projek Bekalan Air di Negeri Kedah dan Penyerahan Hakmilik Pajakan Tanah oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kepada SADA yang berlangsung di InterContinental Kuala Lumpur.

Program tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah , Yang Berhormat Dato' Haji Mohammad Yusoff Munir @ Zakaria dan turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato' Haji Mohd Fauzi Mustaffa, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato' Radzuan Osman, Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi serta barisan pengurusan SADA.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Dafhckifv/

Taklimat berkenaan melibatkan perkongsian dan perbincangan berkaitan pembangunan projek-projek bekalan air di Negeri Kedah, termasuk penyelarasan pelaksanaan projek bagi memastikan keperluan infrastruktur bekalan air negeri dapat dirancang dan dilaksanakan secara teratur.

Dalam program sama, turut berlangsung sesi penyerahan hakmilik pajakan tanah PAAB kepada SADA sebagai sebahagian daripada urusan pengurusan dan pemilikan aset berkaitan infrastruktur bekalan air di Negeri Kedah.

Sesi ini turut menjadi platform penyelarasan antara Kerajaan Negeri Kedah, PAAB dan SADA dalam memperkukuh kerjasama strategik, khususnya dalam aspek pembangunan projek serta pengurusan aset bekalan air secara lebih sistematik dan berkesan.

SADA komited untuk terus memperkukuh kerjasama bersama Kerajaan Negeri Kedah dan PAAB bagi memastikan pembangunan infrastruktur serta pengurusan aset bekalan air dapat dilaksanakan dengan lancar dan terancang, sekali gus menyokong usaha memperkasa sistem bekalan air di Negeri Kedah.