Kunjungan Hormat Bina Darulaman Berhad Ke SADA

775347708_1040123422324459_8337188019983874367_n.jpg

ALOR SETAR, 19 Ogos 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Encik Che Abdul Khalid Md Din, bertempat di Menara SADA, semalam.

Delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan Osman bersama Ketua Pegawai Operasi, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi dan Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah Sobri.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1E57F8gMMT/

Kunjungan tersebut turut disusuli dengan sesi perbincangan dan perkongsian pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan kepentingan bersama serta potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

SADA menyambut baik kunjungan tersebut yang menjadi platform dalam memperkukuh hubungan strategik antara SADA dan BDB, selain membuka ruang kepada kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi juga Negeri Kedah secara keseluruhan pada masa hadapan.

SADA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada delegasi BDB atas kunjungan yang diadakan serta berharap hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuh.