Mesyuarat Pembukaan Audit Siuruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

777988236_1040408345629300_803796224305261904_n.jpg

ALOR SETAR, 19 Ogos 2026 – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang melaksanakan Audit Prestasi Pemegang Lesen Individu Perkhidmatan Bekalan Air terhadap Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Ogos 2026.

Sesi pembukaan audit yang berlangsung semalam di Menara SADA telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi dan turut dihadiri Pengurus Besar Teknikal & Operasi, Ts. Hizaruddin Razak, ketua-ketua jabatan, pengurus-pengurus wilayah serta para pegawai SADA.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18ustQdSBB/

Audit berkenaan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek-projek Perbelanjaan Modal (CAPEX) bekalan air di bawah Pelan Perniagaan Kelima (BP5) bagi tempoh 2024 hingga 2026 serta projek-projek mitigasi dalaman yang dilaksanakan oleh SADA.

Sepanjang tempoh audit, pihak SPAN akan melaksanakan semakan terhadap dokumen dan proses berkaitan pelaksanaan projek, termasuk aspek perolehan serta pematuhan terhadap keperluan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan audit oleh SPAN ini merupakan sebahagian daripada proses pemantauan dan penilaian terhadap prestasi pihak operator termasuk SADA sebagai pemegang Lesen Individu Perkhidmatan Bekalan Air, di samping memastikan pelaksanaan projek pembangunan dan penambahbaikan sistem bekalan air dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan.

Kerjasama penuh akan diberikan oleh SADA sepanjang pelaksanaan audit ini bagi memastikan tadbir urus syarikat sentiasa berada pada tahap tertinggi sekali gus dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang terbaik kepada pengguna di Negeri Kedah.