Majlis Pelancaran Program Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah 2026

800950441_1057577053912429_2182821329744462054_n.jpg

ALOR SETAR, 8 September 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menyertai Program Bakti Siswa Perdana Negeri Kedah 2026 menerusi sumbangan yang disalurkan bagi menyokong pelaksanaan program berkenaan.

Majlis pelancaran program yang berlangsung semalam di Al-Bukhary International University (AIU), Alor Setar telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1YdsAvuZne/

Program berkenaan menghimpunkan seramai 1,200 mahasiswa yang akan bersama keluarga angkat di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Kedah selama seminggu, selain menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat.

Penganjuran program ini menjadi platform kepada para mahasiswa untuk mendekati masyarakat, menyumbang tenaga dan khidmat bakti serta memperkukuh nilai kesukarelawanan, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda.

SADA merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur dan menyambut baik pelaksanaan program seumpama ini yang bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah turut menyediakan ruang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman secara langsung di lapangan.