Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA
ALOR SETAR, 14 September 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA kali ke-51 yang berlangsung bagi membincangkan perkembangan semasa, prestasi serta perkara-perkara berkaitan pengurusan dan hala tuju syarikat.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi SADA, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan turut dihadiri Ahli-Ahli Lembaga Pengarah SADA serta pengurusan tertinggi syarikat.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1D8VfUDHsG/
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan untuk meneliti perkembangan semasa operasi SADA, pencapaian syarikat serta pelaksanaan inisiatif dan projek yang sedang dilaksanakan dalam usaha memperkukuh sistem bekalan air di Negeri Kedah.
Selain itu, beberapa perkara berkaitan perancangan strategik dan cabaran semasa turut diberi perhatian bagi memastikan setiap keputusan dan tindakan yang dilaksanakan dapat menyokong peningkatan kecekapan operasi serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna.
SADA komited untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan prestasi operasi serta melaksanakan perancangan secara berterusan dalam memastikan perkhidmatan bekalan air terawat yang berkualiti dan berdaya harap dapat disampaikan kepada rakyat Negeri Kedah.
