Pemeriksaan Prosedur Permohonan Bekalan Air Baru SPAN Bersama SADA

822398246_1070746582595476_1087760752374648797_n.jpg

SUNGAI PETANI, 22 September 2026 - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah melaksanakan tinjauan lapangan bagi pemeriksaan prosedur permohonan bekalan air baru bagi rumah sesebuah di Wilayah Kedah Tengah.

Semakan ini bertujuan memastikan pematuhan prosedur serta mengenal pasti ruang penambahbaikan proses dan penyampaian perkhidmatan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AzzmwSBsg/

Kerjasama erat antara SPAN sebagai badan kawal selia dan SADA sebagai operator perkhidmatan air terus diperkukuh bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna.

SADA komited untuk terus mempergiatkan operasi seumpama ini secara berkala bersama agensi SPAN sebagai langkah proaktif dalam memastikan bekalan air yang berkualiti dan mampan kepada rakyat Negeri Kedah.