Hari Komuniti Kampungku Sejahtera DUN Jeneri

830670196_1080808378255963_3256124431954172398_n.jpg

SIK, 3 Oktober 2026 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) turut mengambil bahagian dalam Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera (HKKS) Peringkat DUN Jeneri yang berlangsung di Kampung Kuala Temin, Gajah Putih, Jeneri.

Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dan menghimpunkan masyarakat setempat menerusi pelbagai aktiviti serta pengisian kemasyarakatan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1K5X66DkbM/

Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan Osman telah menerima Anugerah Tokoh Korporat Jeneri sebagai penghargaan atas sumbangan dan khidmat beliau dalam pentadbiran, pengurusan serta pembangunan Negeri Kedah.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, SADA turut menyampaikan sumbangan kepada empat buah masjid dan tiga buah pusat pengajian Islam di sekitar Daerah Sik sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan keperluan komuniti setempat.

Selain itu, turut berlangsung penyampaian replika cek penajaan SADA bagi Program Food Bank dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kepada empat buah masjid berkenaan untuk tempoh pelaksanaan selama enam bulan.

SADA juga mengambil bahagian menerusi reruai pameran yang menjadi ruang untuk mendekati masyarakat, berkongsi informasi berkaitan perkhidmatan SADA serta berinteraksi secara langsung bersama para pengunjung.

SADA merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas ruang dan peluang yang diberikan untuk bersama-sama menjayakan Program Hari Komuniti Kampungku Sejahtera Peringkat DUN Jeneri 2026.