Sekitar Pelaksanaan Kerja-kerja Penambahbaikan Di LRA Padang Saga Fasa 3
LANGKAWI, 8 Oktober 2026 – Kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Padang Saga Fasa 3 yang bermula pada jam 8.00 malam, 7 Oktober 2026 telah selesai dilaksanakan.
Antara kerja yang dilaksanakan melibatkan penggantian peralatan pemantauan aliran air mentah, injap, penyambungan paip serta penyelenggaraan sistem elektrikal dan kerja-kerja berkaitan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Db1NPngoo/?mibextid=wwXIfr
Pelaksanaan kerja tersebut memerlukan operasi LRA Padang Saga Fasa 3 dihentikan sementara dan melibatkan gangguan bekalan air berjadual kepada kira-kira 7,000 akaun pengguna di beberapa kawasan di Pulau Langkawi.
Kerja-kerja ini perlu dilaksanakan bagi memastikan kecekapan operasi loji terus berada pada tahap yang baik, di samping memperkukuh sistem pemantauan serta menyokong kelancaran proses pengeluaran bekalan air terawat kepada pengguna.
SADA merakamkan penghargaan kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan serta memahami kesulitan yang dihadapi sepanjang kerja-kerja berkenaan dilaksanakan.
SADA komited untuk terus melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan secara berterusan bagi memastikan sistem bekalan air dapat beroperasi dengan lebih cekap dan lancar demi kepentingan pengguna di masa akan datang.
