Program Sentuhan Ummah: Wakalah Agihan Zakat Perniagaan SADA Bagi Pembekalan Foodbank di Pusat Bekalan Makanan di Daerah Padang Terap

902020331_1119480967722037_6383539808035248080_n.jpg

KUALA NERANG, 11 November 2026 - Sebanyak enam buah masjid di daerah Padang Terap telah menerima pembekalan foodbank menerusi Wakalah Agihan Zakat Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dalam Program Sentuhan Ummah. Program tersebut berlangsung di Masjid Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang.

Program tersebut dihadiri YB Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah merangkap ADUN Kuala Nerang bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato’ Radzuan bin Osman serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) LZNK, Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/18ZS7dPu21/

Selain pelancaran pusat agihan makanan, program turut menyaksikan penyerahan foodbank kepada lima penerima serta agihan pendidikan IPT kepada 11 penerima terpilih.

Rombongan dalam menyantuni ummah turut melibatkan konvoi bermotor dalam menziarah keluarga asnaf. Semoga kerjasama strategik antara SADA dan LZNK dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada masyarakat.